Utama

Program Tranformasi Kerajaan

Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah – pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya adalah:
* Mengurangkan Jenayah
* Membanteras Rasuah
* Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar
* Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isirumah Berpendapatan Rendah
* Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar
* Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar

Malaysia kini berada di persimpangan. Pada tahun 1991, kita melahirkan azam untuk mencapai Wawasan 2020, untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Walaupun kita berjaya mencapai kemajuan, pada kadar pertumbuhan waktu ini, negara kita berada dalam bahaya mengalami kehilangan daya saing dan kekurangan dalam mencapai cita-cita kita dalam bidang ekonomi dan sosial. Perubahan asas perlu dilakukan dalam pelbagai aspek, bukan sahaja dalam prestasi ekonomi dan sosial, tetapi juga dalam memenuhi janji dan penyampaian perkhidmatan awam yang memperkukuh keupayaan kita bagi membangunkan negara. Bagi menghadapi segala cabaran yang menghalang kita daripada mencapai Wawasan 2020, kami memberikan sepenuh komitmen kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) selaras dengan prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Pelan hala tuju ini memperincikan objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaaan – dalam bidang yang dikenal pasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) – dengan fokus yang khusus pada tahun 2010. Seiringan dengan GTP, Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) sedang membentuk Model Ekonomi Baru, dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) sedang membangunkan Rancangan Malaysia ke- 10 (RMK-10). Untuk mendapatkan gambaran menyeluruh strategi Kerajaan, pelan hala tuju ini seharusnya dibaca bersama Model Ekonomi Baru dan RMK-10 yang akan dibentangkan pada tahun ini.

RISALAH Program Transformasi Kerajaan (GTP)
Anda boleh muat turun salinan risalah Program Transformasi Kerajaan (GTP) anda di sini:
Ebook (untuk pengguna OS Windows sahaja)

 

 
Hakcipta Terpelihara © 2010
Laman maya ini sesuai dilayari dengan resolusi skrin 1280 pixel x 1024pixel.
Pelayar internet mestilah sekurang-kurangnya daripada versi Internet Explorer 5.5 atau Mozilla Firefox.