  |
 |
Tempat Peranginan |
|
 |
|
|
Muzium Adat |
|
Muzium Adat
(Jabatan Muzium Malaysia) di Kuala
Klawang, Jelebu ini terletak kira-kira
36 km dari Bandar Seremban. Muzium ini
ditubuhkan pada tahun 2005 dan
dirasmikan pada 2 Februari 2008 iaitu
pada hari sabtu bersamaan 24 Muharram
1429 hijrah.
Kewujudan Muzium Adat di Malaysia
khususnya di Negeri Sembilan adalah
bersesuaian dan bertepatan dengan
identiti Negeri Sembilan sebagai “Tanah
Beradat”. Muzium Adat ini merupakan
muzium pertama di negara kita yang
menghimpunkan adat dari pelbagai etnik
di Malaysia.
Muzium ini turut mengkhaskan satu segmen
khusus tentang Adat Perpatih bagi
menonjolkan Negeri Sembilan sebagai
sebuah negeri beradat. |
|
 |
|
 |
|
Masjid Kampung Dulang |
|
Terletak di
Kg. Peninjau iaitu kira-kira 0.5 km dari
pekan Kuala Klawang. Ia merupakan masjid
tertua di daerah Jelebu dan diasaskan
oleh Dato' Nika dan Mudim Khatib Raja
pada awal abad ke-16. Mereka merupakan
orang muslim dari Minangkabau.
Pada asalnya masjid ini telah dibina
tanpa menggunakan paku. Masjid ini
mendapat namanya daripada satu peristiwa
aneh yang berlaku di masjid ini.
Dipercayai pada satu ketika dahulu
terdapat sebuah dulang aneh yang
sentiasa berisi makanan yang cukup untuk
semua jemaah.
Siapa yang menyediakan makanan tersebut
tidak diketahui dan peristiwa tersebut
berterusan sehinggalah dulang aneh itu
ghaib secara tiba-tiba. Pada hari ini,
masjid ini masih lagi digunakan dengan
aktif. Walaupun beberapa perubahan telah
dilakukan terhadap masjid ini, keaslian
struktur asalnya masih lagi dapat
dilihat hingga ke hari ini. |
|
 |
|
 |
|
Makam Moyang Salleh |
|
Merujuk
kepada nota A. Caldecott (1912), Moyang
Salleh adalah Penghulu ke-3 bagi Jelebu,
selepas To' Gombak (dari Pagarruyong)
dan To' Mentunggang ketika di bawah
pemerintahannyalah berlakunya pembunuhan
Siamat, anak Orang Kaya Kechil Rembau.
Siamat dibunuh dalam tahun 1957 atas
arahan Sultan Johor, apabila Orang
Kechil Rembau enggan mengahwinkan
anaknya Sri Banun dengan baginda Sultan.
Untuk mengelakkan nasib yang sama,
Moyang Salleh bersama-sama 4 orang
kuatnya, telah datang ke Johor untuk
menunjukkan protes terhadap pembunuhan
itu. Ketibaan mereka tidak dipedulikan,
dan kerana itu mereka telah memutuskan
untuk menunjukkan kehebatan mereka bagi
menarik perhatian Sultan.
Selama 7 hari 7 malam hujan turun tidak
berhenti-henti namun kerana kuasa ajaib
Moyang Salleh, tidak setitik pun dari
air hujan itu gugur di atas tubuh kelima-lima
sahabat ini. Selepas menyaksikan
keajaiban itu, Sultan membenarkan mereka
berkhemah di beranda istana, namun
baginda masih tidak menghiraukan
kewujudan mereka. Kelima-lima sahabat
ini meneruskan demonstrasi kebolehan
mereka, antaranya menggoyangkan pokok
kelapa yang tinggi dan kukuh,
menggoncang istana, dan mengeluarkan
asap dan api dari mulut.
Kagum dengan kebolehan mereka ini,
Sultan akhirnya mula memberi perhatian
kepada mereka. Hasil perbincangan,
akhirnya Moyang Salleh diberikan hak
terhadap Jelebu dan membawa pangkat Dato'
Mandulika Menteri Akhir Zaman Sultan
Jelebu. Secara tidak langsung,
terpisahlah Jelebu daripada Johor.
Peristiwa ini disebut dalam sejarah
sebagai “pembebasan daripada kuasa
pegangan Kesultanan Johor”. Sehingga
hari ini, gelaran tersebut masih lagi
digunakan. Undang Jelebu hari ini
dikenali sebagai Dato' Mendika Menteri
Akhir Zaman. Tempat persemadian insane
hebat ini terletak di Tanah Perkuburan
Kg. Bandar Tinggi, lebih kurang 4km dari
pekan K. Klawang.
|
|
 |
|
 |
|
Jeram Toi |
|
Terletak di
Hutan Simpang Berembun
Keluasan 3.4 ha
Merupakan hutan dari jenis Dipterokarpa
Bukit
Terletak sejauh 28km dari Seremban dan
12km dari Pekan Kuala Klawang.
Tarikan utama : Air Terjun 4 tingkat (Sungai
Batang Toi) dan Laluan Tracking menuju
ke Gunung Telapak Buruk
Terdapat tapak perkhemahan untuk 50
peserta
Lengkap dengan kemudahan tandas, surau,
bilik persalinan serta ‘boardwalk’
Terdapat gerai-gerai makanan disediakan
untuk peniaga meniaga.
Terdapat kolam mandi untuk kanak-kanak
serta papan lungsur bagi kanak-kanak.
*Aktiviti yang disediakan selain
mandi-manda ialah berkelah , trekking ,
berkhemah , penyelidikan dan
sight-seeing. |
|
 |
|
 |
|
Jeram Gading |
|
Lanskap
indah dengan hutan hujan, sungai, dan
air terjun berlatar belakangkan
bukit-bukau dan gunung-ganang di sebelah
timur berserta hamparan pantai berpasir
di sebelah barat sudah cukup untuk
menggambarkan Negeri Sembilan. Topografi
Negeri Sembilan yang terletak di hujung
banjaran utama utara selatan telah
banyak mempengaruhi keindahan tanah
tingginya.
Banyak pusat rekreasi bertempat
disepanjang banjaran ini, yang paling
besar tentulah Taman Negara. Di Negeri
Sembilan, Jeram Gading merupakan tempat
setandingnya. Adalah dipercayai, Jeram
Gading mendapat namanya kerana kehadiran
banyak gajah di sekitar kawasan itu.
Tarikan utama Jeram Gading adalah air
terjunnya, kejernihan air yang mengalir
melalui pokok-pokok dan percikan air ke
kiri dan kanan setiap kali ia menghentam
halangan, putaran berbentuk bola dan
buih-buih putih sebelum lenyap di
kawasan yang lebih tenang. Walaupun
kawasan ini tidak sesuai untuk berkayak,
ia merupakan tempat yang ideal untuk
perkelahan berkeluarga.
Terletak 23km dari K. Klawang, Jeram
Gading berada dalam Mukim Kenaboi. Dalam
perjalanan ke sini, anda akan melintasi
serta menikmati pemandangan hijau, yang
kebanyakannya pokok buah-buahan dan
kebun-kebun kepunyaan penduduk tempatan.
Selain pemandangan yang mengasyikkan,
pengunjung juga akan menghirup udara
segar kerana kawasan ini belum diteroka
sepenuhnya.
Kini, Jeram Gading telah dinaiktaraf
menjadi salah satu kawasan pelancongan
di bawah penyeliaan Majlis Daerah Jelebu. |
|
 |
|
 |
|
Lata Kijang |
|
Hutan Lipur
Lata Kijang terletak di Hutan Simpan
Kenaboi dengan keluasan 6.47 ha.
Hutannya adalah dari jenis hutan
Dipterokarpa Bukit
Sejauh 78 km dari bandar Seremban dan 45
km dari pekan Kuala Klawang
Tarikan utama kawasan hutan ini adalah
air terjun Lata Kijang setinggi 80 meter
merupakan air terjun paling tinggi di
Negeri Sembilan, Gunung Besar Hantu
(1462m), Gua Semong dan Gua Harimau,
serta perkampungan Orang Asli.
Hutan Lipur Lata Kijang menyediakan
kemudahan penginapan iaitu tapak
perkhemahan terdapat 2 zon yang boleh
menampung kapasiti seramai 300 orang.
Ia dilengkapi dengan tandas dan dewan
serbaguna.
* Tempat ini sesuai untuk mereka yang
cintakan kehidupan semula jadi kerana
ianya kaya dengan kehidupan flora dan
faunanya. Kepada pengunjung yang
berhasrat untuk membuat penyelidikan,
tempat ini begitu strategik sekali
kerana kepelbagaian burung, tumbuhan,
dan hidupan liar di sini memang tidak
dapat dinafikan lagi. Keunikan hutan
lipur ini adalah, kebanyakan daripada
spesies tumbuh-tumbuhan di sini sukar
ditemui di tempat lain. |
|
 |
|
 |
|
Homestay Klawang |
|
Homestay ini
telah ditubuhkan pada 25 September 2008
dan merupakan homestay ke 8 yang
diwujudkan di Negeri Sembilan. Jelebu
merupakan Daerah yang cantik dan menarik
serta juga kaya dengan tradisi yang
datangnya dari Pulau Sumatera, Indonesia
iaitu “ Adat Perpatih “. Adat Perpatih
ini merupakan adat yang sebenar mereka
amalkan. Daerah jelebu dikelilingi oleh
Hutan Katulistiwa yang menghijau.
Dengan suasana persekitaran yang
mengekalkan alam semulajadi dan budaya
Adat Perpatih, Homestay Klawang
mempunyai satu keunikkan untuk menarik
pelancong dari dalam dan luar negara
untuk sama-sama mengecapi suasana
kampung yang masih terpelihara alam
semulajadinya dan mengekalkan ciri-ciri
tradisinya.
Homestay Klawang terletak di Daerah
Jelebu, Negeri Sembilan. 78 kilometer
dari Kuala Lumpur dan 40 kilometer dari
Seremban dengan anggaran masa perjalanan
hanya mengambil masa selama 20 minit
dari bandar Seremban dan 40 minit dari
KLIA.
Untuk sampai ke homestay ini, anda boleh
mengambil perkhidmatan teksi sewa dan
bas 'City Liner' dari Terminal 1 di
bandar Seremban.Jika anda ingin memandu
sendiri, anda boleh memandu melalui
jaringan Lebuh Raya Bukit Tangga
sehingga tiba di Pekan Kuala Klawang,
Jelebu. Dari Ampang Kuala Lumpur melalui
Jalan Genting Press dan terus ke pekan
Kuala Klawang. Dari Kuala Pilah Melalui
Simpang Pertang dan dari Karak melalui
Simpang Durian. Setibanya di Pekan Kuala
Klawang, terdapat banyak papan tanda
tunjuk arah yang akan membantu anda
untuk mudah sampai ke homestay Klawang
ini. |
|
 |
|
 |
|
Titi Eco Farm |
|
Initially,
the owner started the organic farm
because of their enthusiasms in
countryside lifestyle and enjoyment of
the tranquility of nature. However,
after receiving lots of courage of
invitation from friends, they decided to
expand their farm to promote the idea of
environmental preservation to the public
and to offer everyone an opportunity to
protect our degrading global
environment.
Within the 30 acres land is a long house
and several semi-detached chalets to
accommodate up to 100 people at any one
time and a multipurpose hall to
accommodate up to 100 people. There is
also an organic vegetable garden, a
mixed fruits orchard, an ostrich farm, a
herb garden, several fish ponds, a lotus
pond, a recreational center and a
compost area. All visitors will gain
valuable experience from a stay at our
eco farm.
|
|
 |
|
 |
|
|
|
|
|